Penafian & Privasi

Dikemas kini: 4 November 2026

Tentang IkutSiapa

IkutSiapa ialah directory creator Threads Malaysia yang disusun ikut topik, untuk bantu pembaca cari siapa patut di-follow.

Website ini dikendalikan secara bebas. Pengendalinya memilih untuk tidak mendedahkan identiti di website ini. Untuk sebarang pertanyaan, aduan atau permintaan, sila guna borang hubungi di bawah.

Tidak berkaitan dengan Meta atau Threads

IkutSiapa tidak berafiliasi, ditaja atau disahkan oleh Meta Platforms, Inc. atau Threads. "Threads" ialah tanda dagangan pemiliknya. Posting yang dipaparkan dimuatkan terus dari Threads menggunakan fungsi embed rasmi Threads.

Bukan endorsement

Projek tanpa untung, pautan affiliate & iklan

IkutSiapa tidak bertujuan menjana keuntungan. Untuk menampung kos operasi website (domain, hosting dan penyelenggaraan), website ini mungkin memaparkan pautan affiliate atau iklan.

Notis privasi

Data yang dikumpul. Apabila anda menghantar borang daftar creator atau borang hubungi, kami menerima maklumat yang anda isi: nama, username Threads, kategori, bio, pautan posting, email dan mesej.

Tujuan. Untuk menyemak dan menyenaraikan creator, menghubungi anda berkenaan pendaftaran atau permintaan anda, dan menyelenggara directory. Email anda tidak dipaparkan di website, tidak dijual dan tidak digunakan untuk pemasaran tanpa kebenaran anda.

Maklumat yang dipaparkan. Bagi creator yang bersetuju, hanya nama, username Threads, bio, kategori dan posting awam yang dipilih akan dipaparkan.

Penyimpanan. Borang diproses dan disimpan oleh Netlify, penyedia hosting website ini. Pelayannya mungkin berada di luar Malaysia. Data pendaftaran yang tidak diluluskan akan dipadam dalam tempoh 90 hari.

Pihak ketiga. Website ini memuatkan font dari Google Fonts, data directory dari Google Sheets, dan posting dari Threads (Meta). Pihak-pihak ini mungkin menerima alamat IP pelayar anda atau menetapkan kuki mengikut polisi privasi mereka sendiri. IkutSiapa sendiri tidak menggunakan kuki analitik atau pengiklanan buat masa ini.

Hak anda. Anda boleh meminta untuk mengakses, membetulkan atau memadam data anda, atau meminta listing anda dikeluarkan, melalui borang hubungi. Permintaan untuk mengeluarkan listing akan diproses dalam tempoh 7 hari.

Hubungi

Untuk pertanyaan, pembetulan maklumat, permintaan keluarkan listing atau isu privasi.

← Balik ke directory